Soalan Yang Kerap Ditanya (FAQ)
Dengan sukacitanya pihak kami ingin memaklumkan bahawa Pusat Rawatan Darul Amin tidak menetapkan sebarang bayaran untuk anda mendapatkan konsultansi @ perkhidmatan khidmat nasihat perubatan serta rawatan perubatan dan pengubatan Islam yang kami sediakan.
Bayaran perkhidmatan bergantung kepada hajat, keikhlasan, kebijaksanaan dan budi bicara pihak Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Dato’, Datuk, Datin, Tuan Haji, Puan Hajjah, Tuan, Puan, Cik yang menentukan di atas perkhidmatan khidmat nasihat @ konsultansi serta rawatan perubatan dan pengubatan Islam secara profesional yang kami lakukan.
Kami tidak berkira. Tetapi…. semuanya ada kira-kira sesuai dengan masa, tenaga dan risiko yang kami hadapi semasa sesi rawatan terutamanya ketika menjalankan sesi rawatan kepada pesakit yang mengalami masalah gangguan makhluk halus, jin, sihir, saka dan sebagainya. (Bukan semua orang memiliki ilmu dan kepakaran ini). Semoga Allah merahmati, memberi kesembuhan dan kemurahan rezeki kepada anda sekeluarga. Kita hanya berusaha. Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah.
Walau bagaimanapun, untuk perkhidmatan rawatan premis @ pemagaran rumah dan premis perniagaan, terapi urutan stress relief @ anti stress, urutan tradisional seluruh badan, kiropraktik, terapi bekam sunnah dan urutan refleksologi, caj yang sangat berpatutan akan dikenakan mengikut pakej yang ditawarkan dari semasa ke semasa. Info lanjut sila layari laman web www.UrutUrut.com dan www.BekamBekam.com serta www.Refleksologi.biz
Tuan/Puan dijemput hadir ke premis kami yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan dengan membuat temujanji terlebih dahulu (tertakluk kepada kekosongan slot masa rawatan yang ada).
Selain dari itu, bagi yang memerlukan privasi @ rawatan personal atau menghadapi kesukaran untuk hadir ke premis kami, pihak kami juga menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat perubatan dan pengubatan Islam serta rawatan ruqyah syar’iyyah terus ke rumah, pejabat, premis perniagaan, hospital dan pusat perubatan mengikut tarikh, masa dan lokasi yang dipersetujui (mengikut terma & syarat).
Untuk tujuan rawatan, pesakit perlu menyediakan air (sebaiknya air mineral) sebagai bahan rawatan untuk didoakan (ruqyah) dan seterusnya diminum sebagai satu ikhtiar penyembuhan. In Shaa Allah.
Ramai yang tidak tahu, kami juga sering mendapat undangan untuk melakukan Rawatan Premis iaitu merawat rumah @ memagar rumah, kedai, pejabat, tadika, homestay, klinik, restoran dan lain-lain lagi yang “sakit dan bermasalah” serta mengalami “gangguan” di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan kawasan sekitarnya dengan izin Allah.
Untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan premis, sila buat temujanji dengan menghubungi talian hotline kami 011-12762166 dengan menyatakan tarikh, masa, alamat dan lokasi rumah @ premis yang hendak dirawat.
Aturcara Rawatan Premis adalah seperti berikut:-
– Solat Maghrib Secara Berjemaah.
– Solat Hajat.
– Bacaan Yaasin.
– Bacaan Ruqyah.
– Bacaan Zikir & Doa.
– Solat Isyak Secara Berjemaah.
– Aktiviti Pemagaran.
– Jamuan.
– Sesi Rawatan Personal @ Ahli Keluarga (Sekiranya Diperlukan).
– Bersurai.
In Shaa Allah. Sila hubungi talian hotline kami 011-12762166 untuk maklumat lanjut serta terma & syarat.
Syukur Alhamdulillah. Kita hanya berusaha. Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah.
Pihak kami sangat mengalu-alukan sumbangan dari bekas pesakit dan juga orang ramai serta berbesar hati untuk menerima sumbangan tersebut supaya lebih ramai lagi pesakit yang memerlukan rawatan dapat kami bantu untuk kesembuhan (dengan izin Allah). Segala bentuk sumbangan boleh disalurkan terus ke dalam akaun bank yang tertera di bawah.
Semoga Allah jua yang dapat membalas jasa baik dan kemurahan hati Tuan/Puan. Aamiin.