Play Video

Sila Buat Temujanji

Pusat Rawatan Darul Amin Menyediakan Konsultansi @ Perkhidmatan Khidmat Nasihat Rawatan Perubatan Dan Pengubatan Islam Menggunakan Kaedah Rawatan Ruqyah Syar’iyyah Dan Rawatan Komplementari Secara Holistik Terus Ke Rumah, Pejabat, Premis Perniagaan, Hotel, Hospital, Pusat Perubatan Dan Lokasi Pilihan Anda Di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya Dan Di Kawasan Sekitarnya Dengan Temujanji Dan Mengikut Tarikh, Masa Dan Lokasi Yang Dipersetujui Bersama.

Perkhidmatan Ke Seluruh Malaysia Juga Boleh Diuruskan (Mengikut Terma Dan Syarat Yang Dipersetujui Bersama).

Masa Operasi

Selasa - Jumaat

10.00 Pagi-10.00 Malam

Sabtu - Ahad

10.00 Pagi-6.00 Petang

Perkhidmatan Kecemasan

HOTLINE 011-12762166

Setiap Penyakit
Pasti Ada Ubatnya

Pihak Kami Menyediakan Konsultansi @ Perkhidmatan Khidmat Nasihat Rawatan Perubatan Dan Pengubatan Islam Menggunakan Kaedah Rawatan Ruqyah Syar’iyyah Untuk Masalah Yang Berkaitan Rohani, Jasmani, Mental Dan Spiritual.

Selain Dari Itu, Khidmat Nasihat Dan Rawatan Yang Berkaitan Masalah Rumahtangga, Keluarga, Lambat Jodoh, Masalah Perniagaan, Masalah Pekerjaan, Masalah Kerezekian, Gangguan Makhluk Halus, Jin, Sihir, Saka, Santau, Anak Kecil Kerap Menangis, Anak Tidak Mahu Pergi Ke Sekolah, Anak Ketagihan Bermain Gadget, Rawatan Premis @ Pemagaran Premis Turut Disediakan.

Pihak Kami Juga Menyediakan Perkhidmatan Rawatan Komplementari Secara Holistik. Antara Perkhidmatan Yang Ditawarkan Adalah Terapi Urutan Stress Relief @ Anti Stress, Urutan Terapi Kesihatan, Terapi Bekam Sunnah, dan Urutan Refleksologi.

Perkhidmatan Yang Disediakan Di
Pusat Rawatan Darul Amin

Berikut Adalah Perkhidmatan Yang Disediakan Di Pusat Rawatan Darul Amin Untuk Memenuhi Keperluan Anda.

Rawatan Rohani

Rawatan Penyakit Yang Dihadapi Oleh Manusia Walaupun Ia Tidak Mempunyai Petanda Secara Zahir. Ia Melibatkan Emosi, Perasaan, Tekanan Jiwa Dan Roh Manusia Yang Tidak Zahir Pada Pandangan Mata Kasar Manusia.

Rawatan Jasmani

Rawatan Penyakit Yang Merujuk Kepada Penyakit Di Tubuh Badan Manusia Yang Melibatkan Anggota-Anggota Zahir @ Fizikal Termasuk Organ-Organ Dalaman Seperti Hati, Paru-Paru, Perut, Jantung Dan Sebagainya.

Rawatan Mental & Spiritual

Satu Bentuk Rawatan Alternatif Untuk Pesakit Yang Sering Menghadapi Pelbagai Masalah Dan Penyakit Di Dalam Kehidupan, Sama Ada Yang Berbentuk Medikal Atau Pun Dalam Bentuk Penyakit Misteri @ Mistik.

Rawatan Ruqyah Syar'iyyah

Terapi Penyembuhan Penyakit Dengan Menggunakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran, Doa-Doa Dari Hadis Yang Sahih Dan Rangkaian Zikir-Zikir Mustajab Dengan Menggunakan Bahasa Arab.

Rawatan Premis

Rawatan "Memagar" Rumah, Kedai, Pejabat, Taska, Tadika, Homestay, Restoran, Klinik, Butik, Salon Dan Sebagainya Yang "Sakit Dan Bermasalah" @ Mengalami Gangguan. Rawatan Bermula Dengan Solat Maghrib Secara Berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yaasin, Ruqyah, Zikir, Doa Dan Solat Isyak Berjemaah.

Rawatan Komplementari

Perkhidmatan Terapi Urutan Stress Relief @ Anti Stress, Urutan Transformasi Wajah @ Seri Wajah, Urutan Terapi Kesihatan, Terapi Bekam Sunnah Dan Refleksologi.

Jenis Rawatan Disediakan
Pusat Rawatan Darul Amin

Berikut Adalah Senarai Pelbagai Jenis Penyakit Yang Pernah Dan Kebiasannya Dirawat Di Pusat Rawatan Darul Amin Di Dalam Usaha Dan Ikhtiar Mencari Kesembuhan, Dengan Izin Allah S.W.T.

Penyakit Umum

Darah Tinggi, Kencing Manis, Demam Panas, Demam Denggi, Stroke, Jantung, Gastrik, Sakit Perut, Buasir, Kayap, Resdung, Sakit Kepala, Asma, Batuk, Kulit Gatal, Batu Karang Menghentikan Tabiat Buruk Dan Sebagainya.

Penyakit Berkaitan Lelaki

Lemah Tenaga Batin, Ejakulasi Pramatang, Kanser Prostat, Lambat Jodoh, Darah Gemuruh, Fobia, Panas Baran, Angin Ahmar, Masalah Berkaitan Poligami, Perniagaan, Kerjaya Dan Sebagainya. 

Penyakit Berkaitan Wanita

Haid Tidak Teratur, Pendarahan, Senggugut, Sukar Hamil, Kandungan Songsang, Selusuh, Kanser Payudara, Kanser Rahim, Lambat Jodoh, Meroyan Dan Sebagainya.

Penyakit Berkaitan Kanak-Kanak

Kanak-Kanak Lambat Bercakap, Lambat Berjalan, Autisme, Tidak Mahu Pergi Ke Sekolah, Kerap Menangis, Down Syndrome, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Ketagihan Bermain Gadget Dan Sebagainya. Ada Juga Ibu Bapa Yang Berhajat Untuk Mendapatkan Air Penerang Hati Untuk Memudahkan Anak-Anak Belajar Dan Menduduki Peperiksaan.

Penyakit Berkaitan Gangguan

Gangguan Makhluk Halus, Gangguan Jin, Saka, Sihir, Santau, Histeria, Terdengar Suara Bisikan, Nampak Kelibat, Kerap Mimpi Seram Dan Menakutkan. Masalah Rumahtangga, Masalah Pekerjaan, Masalah Jodoh, Putus Cinta, Masalah Hubungan Kekeluargaan, Panas Baran Dan Sebagainya.

Rawatan Premis & Rawatan Outcall
Ke Lokasi Pilihan Anda

Rawatan Premis @ Rawatan Memagar Rumah, Kedai, Pejabat, Taska, Tadika, Homestay, Restoran, Klinik, Butik, Salon Dan Sebagainya ‘Yang Bermasalah @ Mengalami Gangguan’.

Perkhidmatan Rawatan Outcall Ke Rumah, Hotel, Hospital, Pusat Perubatan Dan Lokasi Pilihan Anda Untuk Rawatan Kepada Pesakit Yang Memerlukan “Privasi” Dan Rawatan Secara Personal Seperti VVIP, Tokoh Korporat, Ahli Politik, Ahli Perniagaan, Golongan Profesional, Golongan Artis, Selebriti, Penyanyi Popular, Pelakon Terkenal Tanahair, Atlet Negara Serta Pesakit Lanjut Usia, Pesakit Terlantar Dan Sebagainya.

Founder
Pusat Rawatan Darul Amin

Pusat Rawatan Darul Amin Telah Diasaskan Oleh Ustaz Mohd Amin Hj Jumberi Yang Berpengalaman Luas Di Dalam Bidang Perubatan Dan Pengubatan Islam Khususnya Di Dalam Bidang Rawatan Ruqyah Syar’iyyah Dan Rawatan Komplementari.

Ustaz Amin Sering Mendapat Jemputan Merawat Golongan VVIP, Tokoh Korporat, Ahli Politik Dan Ahli Perniagaan, Golongan Profesional, Termasuk Golongan Artis, Selebriti, Penyanyi Popular, Pelakon Terkenal Tanahair, Atlet Negara Dan Pelbagai Golongan Masyarakat Di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya Dan Di Kawasan Sekitarnya.

Pusat Rawatan Darul Amin Merupakan Sebuah Entiti Perniagaan Berdaftar Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Dengan No. Pendaftaran 003066331-D. Pejabat Urusan Pusat Rawatan Darul Amin Terletak Di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ustaz Mohd Amin Hj Jumberi
(Founder Pusat Rawatan Darul Amin)

Seorang Pengamal Pengubatan Islam Berdaftar Dengan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari (PT&K), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Di Bawah Seksyen 23 Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 (Akta 775).

"Sila Pastikan Anda Mendapatkan Rawatan Pengubatan Islam Dari Pengamal Pengubatan Islam Berdaftar Dengan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari (PT&K), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Di Bawah Seksyen 23, Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 (Akta 775) Sahaja."
5/5

 “Dan Saya Serahkan Segala Urusan Saya Bulat-Bulat Kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan Hamba-HambaNya”

(Surah Ghaafir, Ayat 44)

5/5

“Dan Sesiapa Yang Bertaqwa Kepada Allah (Dengan Mengerjakan SuruhanNya Dan Meninggalkan LaranganNya), Nescaya Allah Akan Mengadakan Baginya Jalan Keluar (Dari Segala Perkara yang Menyusahkannya). Serta Memberinya Rezeki Dari Jalan Yang Tidak Terlintas Di Hatinya (Tidak Disangka-Sangka). Dan (Ingatlah), Sesiapa Berserah Diri Bulat-Bulat (Bertawakkal) Kepada Allah, Maka Allah Cukuplah Baginya (Untuk Menolong Dan Menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah Tetap Melakukan Segala Perkara Yang DikehendakiNya. Allah Telah Pun Menentukan Kadar Dan Masa Bagi Berlakunya Tiap-Tiap Sesuatu”.

(Surah At-Talaaq, Ayat 2-3)

5/5

Soalan Yang Kerap Ditanya (FAQ)

Dengan sukacitanya pihak kami ingin memaklumkan bahawa Pusat Rawatan Darul Amin tidak menetapkan sebarang bayaran untuk anda mendapatkan konsultansi @ perkhidmatan khidmat nasihat rawatan perubatan dan pengubatan Islam yang kami sediakan.

Bayaran perkhidmatan bergantung kepada hajat, keikhlasan, kebijaksanaan dan budi bicara pihak Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Dato’, Datuk, Datin, Tuan Haji, Puan Hajjah, Tuan, Puan, Cik yang menentukan di atas perkhidmatan khidmat nasihat @ konsultansi serta rawatan perubatan dan pengubatan Islam secara profesional yang kami lakukan.

Kami tidak berkira. Tetapi…. semuanya ada kira-kira sesuai dengan masa, tenaga dan risiko yang kami hadapi semasa sesi rawatan terutamanya ketika menjalankan sesi rawatan kepada pesakit yang mengalami masalah gangguan makhluk halus, jin, sihir, saka dan sebagainya. (Bukan semua orang memiliki ilmu dan kepakaran ini).

Semoga Allah merahmati, memberi kesembuhan dan kemurahan rezeki kepada anda sekeluarga. Kita hanya berusaha. Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah.

Walau bagaimanapun, untuk perkhidmatan rawatan premis @ pemagaran rumah dan premis perniagaan, terapi urutan stress relief @ anti stress, urutan terapi kesihatan, terapi bekam sunnah, urutan refleksologi dan totok kejantanan @ terapi kelelakian, caj yang sangat berpatutan akan dikenakan mengikut pakej yang ditawarkan dari semasa ke semasa.

Info lanjut sila layari laman web www.UrutUrut.com, www.BekamBekam.com dan www.Refleksologi.biz .

Pihak kami menyediakan perkhidmatan rawatan terus ke rumah, pejabat, premis perniagaan, hotel, hospital, pusat perubatan dan lokasi pilihan anda di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan di kawasan sekitarnya dengan temujanji sahaja. (Tertakluk kepada kekosongan slot masa rawatan yang ada).

Perkhidmatan rawatan ke seluruh Malaysia juga boleh diuruskan kepada mereka yang betul-betul berhajat dan serius untuk mendapatkan rawatan Pengubatan Islam dan Komplementari mengikut tarikh, masa dan lokasi yang dipersetujui bersama. (Mengikut terma & syarat).

Untuk membuat temujanji rawatan sila hubungi/whatsapp talian HOTLINE 011-12762166.

Untuk tujuan rawatan, pesakit perlu menyediakan air (sebaiknya air mineral) sebagai bahan rawatan untuk didoakan (ruqyah) dan seterusnya diminum sebagai satu ikhtiar penyembuhan. In Shaa Allah.

Ramai yang tidak tahu, kami juga sering mendapat undangan untuk melakukan Rawatan Premis iaitu merawat @ memagar rumah, kedai, pejabat, taska, tadika, homestay, klinik, restoran dan lain-lain lagi yang “sakit dan bermasalah” serta mengalami “gangguan” di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan kawasan sekitarnya dengan izin Allah.

Ada juga yang ingin memagar rumah atau premis apabila berpindah masuk ke rumah baru atau premis baru.

Untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan premis, sila buat temujanji dengan menghubungi talian hotline kami 011-12762166 dengan menyatakan tarikh, masa, lokasi dan alamat rumah @ premis yang hendak dirawat.

Aturcara Rawatan Premis adalah seperti berikut:-
– Solat Maghrib Secara Berjemaah.
– Solat Hajat.
– Bacaan Yaasin.
– Bacaan Ruqyah.
– Bacaan Zikir & Doa.
– Solat Isyak Secara Berjemaah.
– Aktiviti Pemagaran.
– Jamuan.
– Sesi Rawatan Personal @ Ahli Keluarga @ Staf @ Kakitangan (Sekiranya Diperlukan).
– Bersurai.

In Shaa Allah. Sila hubungi/whatsapp talian hotline kami 011-12762166 untuk maklumat lanjut serta terma & syarat.

Syukur Alhamdulillah. Kita hanya berusaha. Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah.

Pihak kami sangat mengalu-alukan sumbangan dari bekas pesakit dan juga orang ramai serta berbesar hati untuk menerima sumbangan tersebut supaya lebih ramai lagi pesakit yang memerlukan rawatan dapat kami bantu untuk kesembuhan (dengan izin Allah). Segala bentuk sumbangan boleh disalurkan terus ke dalam akaun bank yang tertera di bawah.

Semoga Allah jua yang dapat membalas jasa baik dan kemurahan hati Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Dato’, Datin, Tuan Haji, Puan Hajjah, Tuan, Puan, Cik. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin.

Fokus Kami

“Dan Kami Turunkan Dengan Beransur-Ansur Dari Al-Quran Ayat-Ayat Suci Yang Menjadi Ubat Penawar Dan Rahmat Bagi Orang-Orang Yang Beriman Kepadanya, Dan Sebaliknya Al-Quran Tidak Menambahkan Orang-Orang Zalim (Disebabkan Keingkaran Mereka) Melainkan Kerugian Jua”. 

(Surah Al-Isra’, Ayat 82)

Ibadah

Tunduk Dan Patuh Kepada Allah S.W.T Dan Menzahirkan Rasa Kecintaan Yang Tidak Berbelah Bagi Dengan Melaksanakan Segala PerintahNya Dan Meninggalkan Segala LaranganNya.

Membantu

Membantu Pesakit Dengan Menggunakan Ayat-Ayat Al-Quran Atau Hadis Atau Amalan Salafus Soleh Dan Ulamak Muktabar, Atau Kesemuanya Sekali Serta Menggunakan Kaedah-Kaedah Dan Bahan-Bahan Yang Dibenarkan Syarak Sebagai Satu Ikhtiar Penyembuhan..

Hubungan Dengan Allah (Hablum Minallah)

Mentauhidkan Dan Tidak Menyekutukan Allah Dengan Yang Lain Serta Menjalankan Syariat-Nya Terutama Di Dalam Usaha Mencari Kesembuhan Sesuatu Penyakit.

Hubungan Sesama Manusia (Hablum Minannas)

Menjalinkan Hubungan Silatuturrahim Agar Hubungan Sesama Manusia Dapat Terjalin Dengan Baik Kerana "Sebaik-Baik Manusia Di Antara Kalian Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain".

Sekiranya Anda Memerlukan Perkhidmatan Khidmat Nasihat Rawatan Perubatan Dan Pengubatan Islam Termasuk Rawatan Komplementari Secara Holistik Yang Disediakan Di Pusat Rawatan Darul Amin, Sila Hubungi / WhatsApp Talian Hotline 011-12762166.

Pihak Kami Sentiasa Berusaha Untuk Memastikan Anda Mendapat Perkhidmatan Rawatan Yang Profesional Dan Layanan Yang Terbaik.

HOTLINE
011-12762166

(Ustaz Amin)

Testimonial Pelanggan

Selepas rawatan ruqyah dan minum air ruqyah yang diberikan, saya terus muntah. Tiada lagi terdengar bisikan dan mimpi menakutkan. Badan rasa lebih ringan dan semakin bertenaga. Ibadah solat saya pun semakin khusyuk.
Puan Salwa
Putrajaya
Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Selepas rawatan premis tempohari, perniagaan restoran saya semakin pulih. Dah tak ada pelanggan yang cakap restoran saya tutup, walaupun restoran saya dibuka setiap hari dari pagi sampai malam. Ahli keluarga pun dah tak sakit-sakit lagi.
Datuk Abdullah
Rawang, Selangor
Terima kasih kerana sudi merawat saya dan keluarga. Selepas rawatan premis @ pagar rumah tempohari, kehidupan seharian kami sekeluarga bertambah baik.
Syukur Alhamdulillah.
En. Mahadi
Banting, Selangor
Ustaz Amin merupakan Perawat yang ke-7 yang saya jumpa. Alhamdulillah masalah sakit kaki dan ganguan yang saya alami semakin pulih selepas 3 kali rawatan. Amalan dan doa yang Ustaz berikan juga sangat membantu di dalam usaha saya mencari kesembuhan.
Puan Aziah
Tanjung Malim, Perak

Jangan Pernah Berputus Asa Untuk Berubat.

Kita Hanya Berusaha Dan Berikhtiar Untuk Mencari Kesembuhan. Selebihnya Kita Serahkan Kepada Allah S.W.T Yang Maha Melihat, Maha Mendengar Dan Maha Mengetahui Segalanya.

Allah Tidak Memberati Seseorang Melainkan Apa Yang Terdaya Olehnya. (Surah Al-Baqarah, Ayat 286)

Blog

TIK TOK PUSAT RAWATAN DARUL AMIN

Pusat Rawatan Darul Amin kini sudah berada di Tik Tok. Apa tunggu lagi. Sila follow Tik Tok kami sekarang juga....
Baca Selanjutnya...
TIK TOK PUSAT RAWATAN DARUL AMIN

KONSEP PENGUBATAN ISLAM

Pengubatan Islam adalah suatu ikhtiar penyembuhan penyakit jasmani dan spiritual berdasarkan hukum syarak oleh seseorang yang mahir dengan kaedah rawatan...
Baca Selanjutnya...
KONSEP PENGUBATAN ISLAM

RAWATAN PREMIS

Pihak kami sering menerima jemputan untuk merawat rumah @ memagar rumah, kedai, pejabat, taska, klinik, homestay, restoran dan lain-lain lagi...
Baca Selanjutnya...
RAWATAN PREMIS

REFLEKSOLOGI

Sesiapa yang berhajat nak booking slot Refleksologi dan nak buat appointment Refleksologi sila hubungi / whatsapp 011-12762166 atau KLIK Di...
Baca Selanjutnya...
REFLEKSOLOGI

TERAPI BEKAM EKSLUSIF UNTUK LELAKI

Sesiapa yang berhajat nak booking slot Terapi Bekam dan nak buat appointment Terapi Bekam sila hubungi / whatsapp 011-12762166. Perkhidmatan...
Baca Selanjutnya...
TERAPI BEKAM EKSLUSIF UNTUK LELAKI

TERAPI URUTAN EKSLUSIF UNTUK LELAKI

Sesiapa yang berhajat nak booking slot urutan dan nak buat appointment urutan sila hubungi / whatsapp 011-12762166. Perkhidmatan ke rumah,...
Baca Selanjutnya...
TERAPI URUTAN EKSLUSIF UNTUK LELAKI

RAWATAN PENGUBATAN ISLAM & KOMPLEMENTARI

Pihak kami menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat rawatan Pengubatan Islam dan Komplementari terus ke rumah, pejabat, premis perniagaan, hotel, hospital, pusat...
Baca Selanjutnya...
RAWATAN PENGUBATAN ISLAM & KOMPLEMENTARI

Subscribe Newsletter

Sila Masukkan Nama Dan E-mail Anda Untuk Menerima Informasi Terkini Dari Pusat Rawatan Darul Amin
Loading

Borang Pertanyaan & Maklum Balas

Hubungi Kami

Pejabat Urusan

PUSAT RAWATAN DARUL AMIN
12 Lebuhraya Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(Dengan Temujanji Sahaja)

E-mail

admin@darulamin2u.com

PUSAT RAWATAN DARUL AMIN

PUSAT RAWATAN DARUL AMIN

@darulamin2u

HOTLINE

+6011-12762166
(Sila Simpan Nombor HOTLINE Ini Untuk Rujukan Pada Masa Hadapan Dan Juga Kegunaan Sekiranya Berlaku Kecemasan Dan Perkara Tidak Dijangka)

© 2023 Pusat Rawatan Darul Amin (003066331-D) | Semua Hakcipta Terpelihara.

Silakan Share Untuk Manfaat Bersama!
error: Content is protected !!