SOLAT HAJAT

Pihak kami sering menerima permintaan dari pesakit dan orang ramai untuk melakukan Rawatan Jarak jauh. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak ada menawarkan perkhidmatan Rawatan Jarak Jauh. Kalau namanya rawatan, pesakit perlu berhadapan dengan Perawat secara bersemuka @ ‘face to face’ untuk dirawat dengan kerelaan diri sendiri dan tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak.

Yang jarak jauh tu, kita hanya boleh mendoakan kesembuhan pesakit, melakukan solat hajat, membaca Surah Yaasiin, berwirid, berzikir dengan rangkaian zikir, beristighfar, berselawat dengan rangkaian selawat dari jauh iaitu tanpa bersemuka dengan pesakit semasa melakukannya bahkan dalam kes-kes tertentu, boleh juga dilakukan dengan tanpa pengetahuan diri pesakit itu sendiri.

Sebagai contoh ada ibu bapa yang meminta pihak kami melakukan solat hajat supaya anak lebih fokus belajar, mudah menduduki peperiksaan, lembut hati dan menurut kata ibu bapa. Ada juga isteri yang meminta pihak kami melakukannya supaya suami kurang panas baran, tidak marah-marah dan lebih bertanggung-jawab kepada keluarga serta meninggalkan tabiat buruk yang selalu dilakukan. Ada juga waris pesakit yang meminta pihak kami untuk melakukan solat hajat untuk kesembuhan pesakit dan ahli keluarga yang sedang terlantar di hospital.

Pihak kami selalu melakukan perkara ini di atas permintaan pesakit @ waris pesakit yang betul-betul memerlukan perkhidmatan kami dan mereka akan memberikan pihak kami hadiah @ infaq @ sumbangan berupa wang ringgit dan lain-lain bentuk barangan dan saguhati dengan harapan Allah S.W.T. memberi kesembuhan kepada pesakit yang dirawat dan memakbulkan hajat-hajat mereka.

Dalam situasi tertentu seperti faktor lokasi yang jauh dengan pusat rawatan dan kesukaran Perawat untuk datang ke lokasi pesakit serta keadaan kesihatan pesakit yang tidak mengizinkan untuk melakukan rawatan secara bersemuka seperti pesakit lanjut usia dan pesakit yang sudah terlantar lama di atas katil, perkara di atas boleh dilakukan sebagai salah satu usaha dan ikhtiar untuk mencari kesembuhan. Ada yang meminta pihak kami untuk melakukannya 1 sesi, 3 sesi, 5 sesi, 7 sesi dan seterusnya mengikut hajat pesakit @ waris pesakit tersebut.

Walau apa pun, kita hanya berusaha. Sesungguhnya kesembuhan adalah milik Allah S.W.T.

Pejabat Urusan

Pusat Rawatan Darul Amin
12 Lebuhraya Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(Dengan Temujanji Sahaja)

E-mail

admin@darulamin2u.com

PUSAT RAWATAN DARUL AMIN

PUSAT RAWATAN DARUL AMIN

HOTLINE

+6011-12762166

© 2022 Pusat Rawatan Darul Amin (003066331-D) | Semua Hak Cipta Terpelihara.

Silakan Share Untuk Manfaat Bersama!
error: Content is protected !!
Open chat