SUBMIT DOA

Doa merupakan salah satu senjata bagi orang Islam. Berdoa adalah satu keperluan yang harus diamalkan oleh setiap umat Islam, tanpa mengira masa dan tempat. Doa memberi pengaruh yang sangat besar di dalam konteks kehidupan seharian. Apalah ertinya Islam jika tidak berdoa? Doa merupakan salah satu perbuatan yang menunjukkan kita meletakkan tahap kebergantungan yang tinggi kepada Allah S.W.T.

Menurut Imam Al-Khattabi, makna doa adalah pemohonan hamba kepada Tuhannya dengan mengharapkan  pertolongan-Nya dan juga bantuan daripada-Nya. [Lihat: Sya’n al-Du’a, 1/4]

Selain itu, Allah S.W.T sangat suka hamba-hamba-Nya berdoa kepada-Nya sebagaimana yang disebut di dalam nas-nas ilahi. Antaranya, Firman Allah S.W.T:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”. [Al-Baqarah:186]

 

Matan Hadith

Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”. [Riwayat Muslim (4912)]

Daripada Safwan bin Abdillah R.A., bahawa Nabi S.A.W bersabda:

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Doa seseorang Muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”. [Riwayat Muslim (4914)]

 

Makna Hadith

Adapun yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W dengan “ظهر الغيب” adalah ketika orang yang didoakan itu tiada ataupun berdoa kepadanya secara diam-diam (tanpa pengetahuannya). Ini kerana, dengan cara itu akan menimbulkan atau meningkat tahap keikhlasan kita ketika berdoa. Selain itu, yang dimaksudkan dengan “مثل”  adalah seperti yang didoakannya. Tambahan pula, ini menunjukkan akan kelebihan berdoa kepada saudaranya muslim secara diam atau sembunyi. Walaupun yang didoakan itu adalah sekumpulan kaum muslimin maka dia akan memperoleh kelebihan ini (kemustajaban doa). Jika yang didoakan itu adalah sebahagian daripada kaum muslimin, zahirnya dia juga mendapat kelebihan ini. (iaitu Allah S.W.T memakbulkan doanya). Disebabkan itu, sebahagian salaf, jika mereka ingin mendoakan kepada dirinya, mereka akan berdoa kepada saudaranya muslim secara sembunyi kerana ia adalah mustajab dan mereka akan memperolehi yang sama seperti yang didoakan itu. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 17/49]

 

Fiqh Al-Hadith

Antara Fiqh Al-Hadith yang boleh diambil daripada hadith ini adalah:-

  • Islam sangat menggalakkan setiap umatnya agar sentiasa berdoa kepada saudaranya.

  • Kita dituntut untuk mendoakan perkara-perkara kebaikan kepada saudara kita.

  • Doa seorang hamba tanpa pengetahuan saudaranya adalah mustajab di sisi Allah S.W.T.

  • Setiap apa yang kita doakan, Allah S.W.T juga akan mengurniakan kepada kita sama seperti yang kita doakan.

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama berdoa kepada sahabat atau saudara kita dalam setiap doa yang kita panjatkan kepada Allah S.W.T. Ini kerana, doa memiliki kuasa atau kelebihannya yang tersendiri dan Allah S.W.T pasti akan memakbulkan setiap permintaan hamba-Nya tapi dengan cara yang berlainan. Akhirnya, semoga Allah S.W.T memakbulkan setiap doa kita serta menggolongkan kita daripada kalangan hamba-Nya yang menerima taufik dan hidayah-Nya. Aamiin.

Doa yang anda SUBMIT di sini akan kekal di dalam pangkalan data @ database pihak kami dan akan didoakan secara berulangkali. Lebih kerap didoakan dan lebih ramai yang mendoakan itu lebih baik. Kita tidak tahu doa siapa yang Allah angkat dan makbulkan. Apa tunggu lagi? SUBMIT DOA anda sekarang! Sila lengkapkan maklumat di bawah untuk SUBMIT DOA anda. Tidak kiralah apa saja doa anda. Sama ada berkaitan kesihatan, pekerjaan, keluarga, rumahtangga, kerjaya, kerezekian, nak pergi umrah/haji dan lain-lain lagi.

Pihak kami sentiasa mendoakan doa yang anda SUBMIT di sini akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T dan doakan juga pihak kami dipermudahkan segala urusan untuk membantu lebih ramai pesakit dan mereka yang memerlukan perkhidmatan kami supaya lebih ramai lagi yang dapat dibantu.

 

Borang Submit Doa

Pejabat Urusan

Pusat Rawatan Darul Amin
12 Lebuhraya Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(Dengan Temujanji Sahaja)

E-mail

admin@darulamin2u.com

PUSAT RAWATAN DARUL AMIN

PUSAT RAWATAN DARUL AMIN

HOTLINE

+6011-12762166

© 2022 Pusat Rawatan Darul Amin (003066331-D) | Semua Hak Cipta Terpelihara.

Silakan Share Untuk Manfaat Bersama!
error: Content is protected !!
Open chat